Sowy lar dah lama x update blog ne.. last post 1st june, hari ne dah 26 Aug. Punya lar bz, smpai nak FB pon x sempat. Apatah lagi nak update blog aku. Tapi, sebab niat aku nak teruskan menulis supaya nanti bila "ketiadaan" aku, anak2 aku dapat baca blog ne unt. tahu ttg catatan perjalanan aku. Supaya mereka tahu susah senang ummi diorang membesarkan diorang.
Aku rasa down sgt sejak aku mula masuk keje pas abis pantang. Masih x leh ejas time, dgn keje kat opis, site work, keje umah & kelas. Aku ingat pas abis pantang, aku boleh lah basuh kaki, suma keje yg aku tggalkan dah selesai, ghupa2nya, keje tu stuck smpai aku balik smula ke opis. Site work byk giler, Bulan Aug adalah bulan yg TNB paling BZ, klu boleh suma site nak commission bulan ne. Aku memang dah surrender kat boss aku, aku x nak out station. Klu suh aku g jauh, make sure aku boleh balik on d same day. At the end, aku kena re-arrange ngan kengkawan aku, suh diorang g johor ngan penang unt cover keje aku. While, myself will standby for KL's work. Walaupon aku hanya g HTMS je, penat nyer hanya tuhan yg tahu. With my newborn, ngan assignment lagi... rasa sgt2 nak berenti belajar.... tapi seb bek ada kawan yg very supportive. Thanks Kak Amy, Nelly & Jai sbb slalu bg aku copy assigment korang.
Walid laks, sejak ada Maisarah, makin culas tolong ummi kat umah. Dulu walid basuhkan baju (pakai mesin of course), sidai baju ngan gosok uniform walid ngan faris. Tapi since Mak mai dok tggu aku beranak dulu, suma mak yg watkan... Walid cm lupa lak rutin dia. Bila suh dia tolong, dan2 main ngan Maisarah, kunun2 jaga maisarah ler tu... Padahal, bila maisarah nangis, dia mai paggil aku, kata Maisarah nak nenen. Hmmphhh.... cam ne ker, klu dah lama kawen (tahun ne dah 8 tahun kami kawen). Aku dh x peduli apa org kata, aku hantar uniform depa ngan baju keja aku g dobi, suh basuh ngan iron skali. Padan muka, bayar jer lar...
Maisarah memang anak yang baik. X meragam malam2...Dia bangun menyusu 2 @ 3 kali jer mlm2... tu pon bila dah dekat nak siang. Dia boleh tdo dr kul 9mlm smpai 3pg straight. Cuma, dia akan menangis cari aku aku klu aku x der kat umah bila malam... Ada sekali smpai aku balik kelas kul 9.30mlm (kelas sepatutnya habis kul 10mlm), sbb dia x berenti menangis dr maghrib. Another 1 problem, dia x suka FM. Memang aku ada niat nak BF dia sampai besar cm abg (abg BF smpai 3 tahun ;D). Pastu aku pasang niat nak suh Kak Zan aku susukan dia, supaya dia jadi mahram pada abg aku ngan sepupu2nya. If anything happen to me, selain abg ngan walid dia masih ada saudara sesusuan. At the end, dia dah terlebih syok nenen ummi ngan mak jan sampai x mo FM. hari biasa aku bekalkan dia 3oz x 7 bottle. Tapi bln posa dpt 5 botol jer. Aku mmg x wat stock sbb freezer umah aku rosak, suka2 dia nak beku, suka2 dia cair. At last, aku kesian kat dia ngan bb sitter, aku pon ikut jer lar cadangan mak. Maisarah akhirnya mkn biskut farleys selepas 110 hari dilahirkan. (Tapi abg, makan di hari ke-25, lagi cepat.... hahahaha...) Ibu cairkan sekeping, dpt dlm 2 oz. Boh dlm botol susu. Pas kena sekeping, terus tdo, lama.... hurmphhh.... adakah dia mmg lapar, sebab tu dia x nak tdo siang????
Beruntung lar kepada kengkawan aku yg ada bibik.... Balik, masak, makan dah leh main ngan anak2... Seb bek, walid x bp kesah klu umah selerak. Aku klu dh bz sgt, baju smpai 2 mggu baru nak lipat. Susahnya jadi anak, isteri, ibu, pekerja & pelajar serentak. Yang aku tau, aku penat sangat..... Tolong..... aku dah bosan 3x.
No comments:
Post a Comment