Saturday, April 14, 2018

New Life : Journey to Raise Our Khalifah

Assalamualaikum & Good Morning sunshine.

Whats so co-incident, rini 14th April 2018. My Last entry was on 14th April 2015, 3y ago. Allahhh, lama sngguh ummi tak menuleh. Patut rasa  jari ni lenguh2, rupanya dh 3y x excercise, hahaha...

Kenapa 3y? Sebab ummi rasa to many things happend & I'm too busy to capture all the precious moments, sampai lupa nak hapload :) Bt dun worry dear, I'll always remember our journey, each & every byte & pieces, ups & downs, semanis senyuman & derai airmata kita semua. Same goes to the ones that pursue their "journey" earlier, ummi masih ingat hangatnya pelukkan TokWanMAn & canggungnya tarian dia didepan TV CRT yg ada cover tuh... Serius, ummi rindu kenangan kita. Sebab tu lah ummi kna  mulakan menuleh semula (tipuuu... ummi menaip actually. Boleh review & padam parts yg ummi rasa x sesuai. Tak macam tuis diary masa berchenta dgn walid dulu, x berkenan jaaa, conteng teruk2, nak koyak, nnt cacat pulak rupa diary tu.... hahaha...)

Abang dah form3, esok lusa dah nak PT3 dah. Adik pon dah jajah 2. Dah laju membaca buku BM. Tulisan pon dah cantik. Cuma peel pemalas g sekolah tu lagi terukkk dari abg laaa... Musykil ummi, sbb ummi & walid rajin g sekolah & sangat happy bila boleh p sekolah. Ramai kawan, boleh belajar new things, tapi depa berdua ni pemalasss hamat p sekolah. Seb baik abg gifted & adik pon ok lahhh, seiring pencapaian. Ummi x bley bayang lg 3y, klu pjg umoq, murah rezeki Abg dah buleh masuk uni. Kemana laaa pulak rezeki ang lepas ni. Nak ke Germany ke @ UITM puncak alam je. While ummi not so worried about adik, sbb dia kata dia nak tidoq celah ketiak ummi selama2nya (erkkk... sama cm perbuatan ummi pada TokWanMan jeee)

Walid dah few years ulang alik keje kat KLIA sejak Subang Airport tutup & move to KLIA. Bangun seawal pagi & balik seusai maghrib. 80km/way derrr... Naik cramp kaki pepagi sbb jammed started at SU3. It took almost 1&half hours to reach KLIA. Sometimes it took 2 hours & getting worst bila hujan.

Ummi pon Jan 2017 ritu dah officially bergelar Sales & Marketing Manager. I hv made the hardest decision to left my "battalion" & pergi bertapa dlm akuarium kat bawah tu sensorang. Seems like I'm making worst choice, tapi nikmatnya, ummi jaaa yg lebih mengetahui. I'm losing most of my precious moment raising my kids because of site work. NAsib ada Walid & MakTok + our family yg setia menjaga depa bila ummi xdak. Ummi dah nak cecah 40, just left few year to do good deeds sebelum dijemput pulang. Ummi nak spending time more with them, ummi takut tak terbayar hutang masa ummi dengan depa. While MakTok alive & masih mampu berpapah berjalan. While abg still cengeng request Ummi & Walid visit him every sat & sunday, before he go further away. While adik still cengeng & always kura2 tidur supaya walid boleh dokong dia hari2 masuk bilik tdo. Sementara Ummi masih ada masa nangis & gaduh ngan yayid. Ummi takut hilang lagi masa tu bila ummi pilih another choice. Eventhough, I realize this is my fate, dah tertulis di LuhMahfuz, but i'm still trying hard to change it as much as I can.

Btw, kami berdua dah upgrade setakah lagi. TokUmmi & TokWalid dah ada 2 cucu, Adelia Humaira & Iman Saqeena. Whoaaa, time flies too fast. I really need to fulfill our Journey to Raise Our Khalifah & sambil kuat berbisik pada DIA, kami nak jadik Huffaz Professional. Aamiiiiiin.













Tuesday, April 14, 2015

Yuuuuhuuuu....anybody at home??

Assalam.... Knock2x... Achuuummmm... Haish banyak habuk aihhhh... Dah 15bln mmi x jenguk blog ni.... Terlalu sibuk... Haishhhh... Kena kiv jugaklar hajat nan murni until jadik blogger ni.....

Wednesday, December 18, 2013

ISTIDRAJ - Pemberian tanpa keredhaanNYA



Aku telah lama dimomokkan dgn perkataan "ISTIDRAJ". Dah bertahun, malah aku arif sgt dgn contoh2 istidraj, sbb kadang2 aku slalu fikir yg aku ne tidak terkecuali dari ujian Istidraj dr ALLAH SWT. Namun perkataan ini tidak popular sehinggalah drama bersiri ISTIDRAJ CINTA menerusi slot Samarinda bermula 11 Disember 2013 keudara. Aku terpanggil untuk menghuraikan makna istidraj di sini sebagai peringatan untuk diriku.

Maksud Istidraj
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Ya ALLAH, ya Tuhanku. Aku bermohon kepadaMU "Jauhkan lah Aku, kaum keluargaku & Sahabat2ku dari bencana ISTIDRAJ. Andaikata kami tersasar dari jalanMU, berikanlah kami peringatan dengan sebaik2 cara. Janganlah kau ISTIDRAJ kami. Amin2 Ya Rabbal 'Alamin"

Sunday, October 27, 2013

Kembara Mencari Diri Part 9 : Berehat Sebentar

Letih nau rasa otak ne. Skru2 kat badan rasa dh lama longgar. After raya, I’m working non-stop. G keje,  g kelas, g keje, g kelas… repeated routine. Dlm kelas x leh rehat langsung, our prof mmg utilized bebetul our kredit hours. Mmg berkat gaji dia, tapi yg hazabnya kitorg. This miting test, next miting esaimen, then back to test & another miting ada esaimen. Aduyai… slalunya aku amik kesempatan masa kelas unt rehatkan otak aku + badan. Nikmat benar bila g kelas, sbb lecturer cm x brp peduli ttg murid2 tua ne. Ada lar lecturer yg sgt bagus, tp masalahnya, murid2 tua cm aku ne bukannya fokus sgt kt whiteboard tu. LOL 

My mom coming end of Sept & plan to stay here 1 month as usual. Ya bedabedu…. Balik leh makan nasik, x yah masak. I luv u mom. (huh, hampeh nyer anak…. Patut aku yg masak unt mak, ne terbalik plak). Nk wat cmner, kul 7.30am++ dh berambus g keje, malam kul 9pm++ baru smpai umah. Kdg2, tjaga kul 3am, pastu on lappy, sort emel, karang emel unt reply paginya & check manufacturing docs. Ntahlah, aku kompius, dh 7 thun keje kat sini, aku makin hari makin serabai. Ofis hours habih ngan mende2 remeh, jawab skype MAA, jawab soklan junior2 & drafter, g miting, ting-tong2 kat manufacturing-procurement. Attend fon call dr client, tolong kengkawan yg sngkut kt site. Honestly, keje sendiri yg aku leh focus during 8.30-10am & after 5pm…. Mana x meraban, balik keje kul 9pm. Mana x kene tiaw ngan customer, submission delay.  Since my collegue dh berenti, separuh sampah As-built balik kat aku.. Project lama, yg tuannya suma dh x der kat KUL office. Yuucckkk… nk muntah aku trace folder yg berserabai dlm server tu. Oh my GOD, kene cepat train org baru ne & ensure all of them aware about ownership. Masalah muda-mudi skang ne, depa x tau makna ownership. Yg depa tau, aku keje makan gaji, clock-in, clock-out. Aku keje 8.5jam, lantak lar kat boss keje siap ke x, pas kul 6pm, aku nk balik. Pastu bila increment 3% mengamuk. X paham aku. Kita bukan keje kt gomen, walaupon kita makan gaji, perasaan ownership tu perlu ada. Klu keje x siap, cmner nk balik ngan tenang. Cuba fikir, klu kita keje sendirik, usaha lebih, income lebih kan?? Keje makan gaji, mungkin x directly bg output on the end of the month. But, it will be count yearly, during increment & bonus time. Huh, ceramah apakah ini??? 

Back to myself, last weekend myself dh diskas ngan my hubby & my mom. We plan to send both kids to my hometown smpena curi skolah ne. After everybody mutually agree (including the excited kids), myself start feeling guilty. Sudahnya, mggu lepas 2 hari jer aku balik lmbt, y glen, kul 7pm++, aku dh tercokoh kt umah. Emotionally down. Ttba ja, aku rasa useless. Smapai tua, menyusahkan mak aku. But in other side, my bff & family said, it should be ok. At least kt kg tu ramai org & not really menyusahkan, anak2 sedara aku dh besaq2, dh boleh tengok2an adik2. Hurrmmm… 

Badan klu dh letih, tp klu emosi bagus, outputnya ok. Tp klu jiwa kacau… punah… Adik demam petang jumaat. Myself mmg dh emotionally down since the mutual agreement done. Tekak dh smggu sakit, bagun pagi jer, mata berair, merah… panas… Pagi smlm aku g servis kete, major servis, break dia bbunyi , air-cond pon kejap2 ilang, kejap2 ada bunyi pelik. Alignments & balancing dh lari, dh nmpak bunga tayar makan sblh dalam. Lebur RM450… Huhuhu…. 

Petang smlm, Walid cabut tapak basikal adik sbb dia dh besaq, x lepas nk kayuh klu ada tapak tu. Siap jer, aku ajak adik g taman sblh umah aku. Sbb bz sgt, rasanya dh setahun aku x jalan2 g tmn. Kadang2 Abg Faris @ maktok yg bawa adik. Semalam aku baru sedaq, yg adik dh reti kayuh basikal. Aku baru sedaq yg adik dh x takut turun sliding kt playground tu. Anak aku dh besaq… How useless myself….hurrmmm…

 Tengok, adik ada pesen baru. Senyum smbil remot idung. Perasan comey lar tu :)

Peluk jer adik dr jumaat mlm, amik aura demam adik, sudahnya aku yg demam dr petang smlam. Memang berehat sebentar lar. Beg keje aku cmpak ketepi, aku tdo jer.. Bagun tdo, baca paper, carik novel yg aku pnjm dr opismate mggu lepas… pastu tu , pastu baca novel & tdo… Rasa gatal jer tangan ne bila x pegang lappy.. tp aku x nak tgok keje opis ngan FYP2 aku. Tu aku mngarut kat blog ne. Dah lar tu, aku nk smbung rehat… carik aura & bina balik sel2 otak aku ngan sel2 badan aku yg dh rosak … bye…

Saturday, October 19, 2013

Kembara Mencari Diri Part 8 : Towards The Near End

Kembaraku dlm mencari ilmu mungkin akan terhenti seketika.... Insyaallah by Jan 2014, I'll be post-graduate. 1st degree jer pon... tapi hazabnya Allah jer yg Maha Mengetahui. Sampaikan, aku rasa pas ne dh x nak smbung blajaq dah. Bukan koma, tapi titik. Full stop. Asal ada yg bertanya, ko nk apply unt Master ke?? Aku ngan lelaju jawap "Wat pe?? Hheee... sudah2lah menyeksa pala otak aku" Klu nk jadik Boss pon pas ne, aku rasa 1st degree aku tu dh cukup (p/s : macam lar layak nau jadik bosss.... hikhikhik.... perasaaan lar sangat). Opis aku skang x der lar request unt jadik Manager kene ada at least Master, x cm GLC such a Telekom @ Gomen. Kawan2 part time aku ada yg 2 3 ketul bercita2 nk smbung master sbb Telekom ngan Jimah Venture kena ada at least Master unt keje management level. Infact, klu u r 1st class student, your level & basic salary will be higer than 2nd class student. Luckily not @ PSI Incontrol right now, tp masa2 depan x tahu lar... gpon MD aku tu becita2 tinggi & sgt2 sukakan staff developement. Klu lg 5 tahun dia force kitorg wat Master, x tahu lar plak...  hehehe... Nasib badan lar kan...

Coming back to my busy life, since last week pala otak aku dok merawang pasal schedule. SJTC nk deliver next month, means erection will start, then follow by rem end retro & finally commission. Papn tgh FAT, once done aku akan pass balik baton pada tuan tanah kedaung dia. X nak aku ulang alik g Papan... Walaupon x ler jauh mana, but it's not practical unt berulang from 2 diff state. Travelling cost will be increae & reduce EBIT.. huhuhu, aku x nak jd penyumbang pada mende2 yg negetip. My MDSA also started manufacturing since last month, target FAT by Jan 2014. Luckily ADAM & BMTR having commercial issue, just enuff for my temporary escapism. But, new job was queue already. EBOR, which I plan to become PM only coz I plan my new PE will do it 100%, but look like she's stuck with KPDN. Another good about it, the proj not yet started, awaiting official KOM with TNB. Hopefully when the times is coming, KPDN will slown down & we can focus more for new proj. Like my collegues always said, "kita kena leraikan kusut yg sedia ada, then baru kita leh focus unt proj baru & eliminate all the repeated mistakes". Lately ne, aku rasa agak happy coz, makin hari, aku rasa makin nampak cahaya di hujung jalan.... 

"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat." Tafsir Surah Al-Fatehah. Ayat 4-6.

One other side of my life, Tommorow need to submit esaimen. Ptg ada test 2. Note chapter 2a, tgh print, sbb tu aku myambil2 update blog yg bersawang ne.. Hurrmmm Pof Fuaad oiiii, Prof nyer slides ne byk sgt lar.... x print, rasa x sempurna, bila print... humag aih, baru 2 chapter, dh tebal 1.5 inci, ritu aku dh bind separuh, sbb byk sgt, taku cicir... Bila dlm kelas, Prof nyer explaination lg pnjg dr slides tu, satu soklan, dlm slide 2 muka jer, but in actual solution mau jadik 4-5 muka... hadooiii.... Dah ar dlm kelas dia asek panggil nama student dia, sorg2 suh bagi jawapan, kadang2 siap suh tulis kat whiteboard... huhuhu 

"Kakak tudung pink, apa Simultneous equation dia??" (p/s: aku lar kakak tudung pink tu  )

"Kakak sebelah kakak tudung pink, cmner nak transform simultaneous eq. tu jadik matrix form"

"Kakak cermin mata besar, SFG dia cmner?? Boleh lukis kat depan?"

"Inspector, apa jawapan akhir dia?"

 "Dengar sini - dengar sini", smbil ketuk whiteboard..... scary, but I loike... sbb dia suka panggil nama lar student kene 100% pay attention. Dalam 100% paham masa lecture dia pon aku masih terkebil2, belek soklan esaimen ne.... huarrghhhh....  gtg, klu aku merepek kat sini lama2, bila esaimen aku nak siap LOL. 

p/s : Control 3. Prof refer smpai 4 buku, setkan syllabus unt mgajar dlm masa 4 bulan.. which is actually just 7 meeting, each meeting only 6 hours. Means, aku kena digest 4 buku ne dlm masa 42 hours... mana x mengong pala otak aku


 


Wednesday, October 2, 2013

Kembara Mencari Diri - Part 7 : Energizer

Tadi aku godek2 lappy aku. Nk release tension...LOL. Terjumpa kuiz personaliti, pjg giler soklan dia. Tp seb bek result dia cm puas hati.. Kengkawan, meh lar review result aku ne. Apa komen korang??

Anda Pentenaga (Energizer)

Anda bersemangat dan positif. Anda adalah seorang yang sentiasa boleh diharapkan untuk memberi inspirasi kepada yang lain!
Anda seorang yang serba boleh dan bersikap positif terhadap kehidupan. Keghairahan dan semangat anda bermakna anda sukakan pengalaman dan idea-idea baharu. Kepelbagaian pastinya memberi kelainan dalam kehidupan anda.
Kadang kala ia terasa seperti terlalu banyak masalah dalam kehidupan. Ia mungkin boleh membantu jika anda melepaskan perasaan. Jangan mengharapkan terlalu banyak daripada diri anda. Lagipun, anda hanyalah manusia biasa.
Kadang kala anda bekerja secara berterusan tanpa henti, jadi adalah penting anda mendengar suara hati anda yang berbisik secara perlahan dengan kata-kata seperti 'berehat' atau 'cuba sesuatu yang baru.' Luaskan horizon anda supaya anda terus berkembang, tetapi pastikan juga anda memperuntukkan beberapa ruang dalam jadual anda yang padat untuk mengecas semula bateri anda. Dalam saat-saat yang tenanglah kita benar-benar dapat mengenali diri kita. Pastikan rentak kehidupan anda tidak menghalang anda daripada merenung kembali kehidupan anda secara jujur.
Sikap spontan anda yang semula jadi bermakna anda seorang yang seronok untuk didampingi. Persahabatan anda adalah benar-benar penting bagi anda dan merupakan satu sumber sokongan dan kekuatan. Pastikan anda tidak mengabaikannya sewaktu kehidupan berjalan dengan pantas seperti biasa!
Melupakan segala-galanya dan membiarkan diri anda bebas dalam dunia lain apabila anda mempunyai sedikit waktu rehat memang tiada tandingannya. Memberi peluang kepada badan dan fikiran anda untuk berehat dan pulih adalah sangat penting, dan ia lebih baik jika diiringi dengan lagu-lagu hebat daripada filem.
Anda mengambil berat tentang orang-orang di sekeliling anda, dan jika mereka gembira maka anda pun gembira. Anda tahu bahawa kehidupan ada pasang surutnya, dan ingin mengekalkan keseimbangan yang sihat bagi kedua-duanya. Kesudahannya, anda mempunyai pendekatan yang amat baik bagi kehidupan. Anda tahu yang kebahagiaan sebenar datang daripada orang dan bukannya daripada barangan. Ia adalah perkara-perkara yang anda tidak boleh meletakkan harga padanya.

Wednesday, September 25, 2013

Kembara Mencari Diri - Part 6 : Kusut yang makin terlerai

Lembap cm siput nk bukak blogspot ne… x kan nk kene beli host sendiri kot?? Tensen tul, dr idea bercambah smpai dh ilang idea. Cam ne nak update ne? Nk mula dr mana yek??
BTW, aku br lunjurkan kaki & rehatkan pinggang smbil tgok Diandra pastu smbung ke Jodoh itu milik kita… hehehhe… kunun2 rewardkan diri pas 8hrs travel sensorang td. Huh, it’s really tiring day. Last nite got called by my manager, need to replace him for a miting @ Kluang. Huh, sounds like kluang tu cm Klang kan?? Cm kluang tu kt blkang umah aku jer… Jauhh kot… almost 350km one way. Yg aku lg hangin, miting tu ciput jer, less than 30mins hokeyy… Tp nk wat camner, dh keje, kene lar wat kan. Klu x wat kang kene terminate contract, silap2 ngan aku pon kene terminate… huhuhu…
Aku eksited sbb tu x leh tdo ok. Td masa bosan driving sensorng aku pon capai tpon & call my bff. Borak nyer borak, end up both of us having gud plan for our future. Tp tu adalah plan rahsia yg aku akan announce pada umum klu ianya dh terlaksana. Make it simple, I plan to start it once I complete my SEE, probably by Jan 2014 & target to accomplish it within 4 months. X leh lelama, nnt cite jadik meleret & x best unt publish.
Kita ne kan, klu wat keje x bp nk ikhlas, plus nawaitu yg x bp betul mmg kita kan rasa penat sgt… Keje klu ikhlas nk plak tum mmg minat kita, cita2 dr kecik plak tu mesti kita enjoy bila wat. X kan terasa penat kan.. So, aku dh bertekad hari ne yg aku akan kejar cita2 aku yg aku terlupa tu. (p/s:boleh plak lupa cecite sendirik). One time, I’m lost… can’t find my own way back. I’m too tired, that’s why I’m just going with the flow. Sedaq2 dh jadik Sr. Engineer. Hahaha… Dh umoq 33 tahun ne br dok pikiaq2 balik, apa yg x kena ngan jiwa aku ne. Slalu sgt aku rasa jadik engineer ne cm unsung hero. Ye lar, bak kata PM Dr. Noh, bila KLCC tu siap ttgak, ada x org Tanya sapa yg design layout dia? Sapa architect dia? Sapa Civil Engineer dia, sapa M&E Engineer dia?? X der kan? Abis2 sgt org kata, baguih nooo petronas, ada twin tower yg cantik… Huh, it’s real world dear. Engineers always become unsung heroes. Aku plak makin paham kenapa bos2 yg interview aku dulu menitik beratkan “we’re prefer man candidates” Bukan sebab gender discrimination, this is fact. Aku dh mula rasa tbeban dgn title Sr Engineer aku. Yes, income mmg bbaloi tp Susah tul nk dpt “work-life balance”. Baby sitter aku dh surrender lepas raya ritu. Dia dh x bk jg anak2 aku klu aku blik lambat. Disebabkan faktor2 ne lah aku rasa tewas pd diri sendiri. Slalunya, suami @ org lelaki yg kawen ngan kerjaya, tp aku pon kawen ngan kerjaya gak… Tolong lah, aku nk kejar cita2 asal aku. It’s almost a year I’m thinking of it. Tp x der kekuatan unt bmula. X der masa. Tp hari ne aku dh nekad. Yes, I’m going back to the track… Yuuuhuuu… I’m coming.
I feel like starting my new life after raya. Completely new! Having a new partner as unsung engineer, my degree journey almost near to the end & lautan yang kurang bergelora, make me feel quite safe. Thanks Ya Allah kerna mendengar rintihanku. KAUlah peneman setia. Betul kata John Gray, kadangkala manusia ne cm getah. Menganjal bila ditarik. Ada yang terputus, tp ada yg melantun balik ke asal. Kiranya, aku ne beruntung, sbb getah aku x putus. Dia melantun balik, walaupon dh x der rupa asal sbb dh kendur sket, but it’s still elastic. Masih boleh dipakai lar maknanya… hahaha… complicated kan. Blackaidid klu dh felling mmg suka tulis berbunga… hehehe… Memang betul Allah dh mula leraikan kusut aku.. Tak pe, pelan2 kayuh.. Go blackaidid go… May your dream come true.

 Sebab aku nk kejar cicite aku masa tecit dulu, tpaksa lar aku share gambaq budak tecit darjah 6 merah tu... Cikgu Ali ada komen ttg bakat terendam aku tu. Bila tgok gmbar ne, mesti tingat komen yg memberansangkan tu. hehehe...

Nickname Blackaidid aku dh pakai since aku kt AIGS lg.. So, bila belek2 gmbar remaja nakal ne, aku makin teruja..Go blackaidid go. InsyaALLAH, semoga aku berada di jalan yang benar. Amiinnn...