Nie lagu tema cinta aku ngan my hubby. Masa kitorang tgh bercinta, aku slalu kata kat dia, cmner ler ending cinta kita, sbb rasa cm x serasi, asek gaduh jer.... citarasa langsung x sama. Dia pendiam, aku terlebih ramah. Dia kurus, aku debab. Dia sopan, aku brutal. Dia minat seni, aku x minat langsung. Dia x makan pedas, masa tu setiap petang menu aku nasi goreng cili api. Tapi, akhirnya kawen gak kitorg. Dah 8 tahun pon.... Doakan kami aman, bahagia, sejahtera & kekal hingga ke syurga yekkkk....
Juliana Banos
(Olafsdottir & Mehyer / Norman & Yusry & Edry)
Cinta Gila
Ku ke kiri kau ke kanan
Ku di belakang kau dihadapan
Bila ku marah engkau ketawa
Dengan selamba engkau berkata
Kita berdua jauh berbeza
Langit dan bumi tapi serasi
Ku cintaimu kau cintaiku
Itu saja yang perlu kau ku tahu
Kuharap bicara cinta
Kau cerita tentang bola
Ku ingin bersiar-siar
Dikau baca surat khabar
Bila ku terus keluar
Kau tertidur tidak sedar
Ku pulang rumah jam tiga
Kau pula cemburu buta
( korus )
Ku ke kiri kau ke kanan
Ku di belakang kau di hadapan
Bila ku marah engkau ketawa
Dengan selamba engkau berkata
Kita berdua jauh berbeza
Langit dan bumi tapi serasi
Kucintamu kau cintaiku
Itu saja yang perlu kau ku tahu
Sepelik-pelik manusia
Oh! Dikau mengatasinya
Dan mungkin ku juga gila
Kerana masih bersama
Tapi mungkin kerna itu
Ku tertarik kepadamu
Biarlah orang mengata
Cinta kita cinta gila
( ulang korus )
Ah ah
Cinta kita
Cinta gila
Na na na na na na na
Na na na na na na na
Na na na na na na na
Na na na na cinta gila
( 2X )
( ulang korus )
Itu saja yang perlu kau ku tahu...
Ku cintamu kau cintaiku
Cinta kita cinta gila
No comments:
Post a Comment