Tuesday, June 1, 2010

Aku terima nikahnya...

X sangka, pertemuan di alam maya kami akan berakhir dengan ijab & kabul. Lama juga kami berchatting, tapi topik hanya berkisar ttg kehidupan sehari2. Terputus seketika, tapi bertaut semula digagang telefon. Masa tu aku kat pangsamurni, dok umah sewa. Tiap2 hari kitorg akan booked telefon ikut masa. Maklum lar, sepuluh org berkongsi 1 tipon... huhuhu.. Lama gak kami berkenalan, dari tulisan (chatting), pastu bersuara (tipon), akhirnya aku pecahkan rekod, 1st date. G seremban, umah angah. Uiksss.... berani sungguh aku.... (tu pon lepas kawan2 aku tolak aku kuar umah, pastu depa kunci pintu, x g aku masuk... sadis sungguh)

Persahabatan membuatkan kami lebih akrab dari kawan. X der rahsia, x der plastik (pura2). Klu rasa nak gaduh sambil flying boxing, itu dah biasa. Bila kawan2 tanya, kami kata kami x der apa2. Sampai satu masa, ada kawan aku kata :

"Klu hang takmo kat Faizul, aku nak lar kat dia. Dia baik, tolong lar rekemen..."

Ciss... sungguh berani permintaan itu. Bila aku slow talk ngan Faizul, baru kami sedar yg kami ne dah lebih dari biasa. Anyway, thanks to my friend coz, klu dia x cuba rebut Faizul dari aku, mesti aku x sedar lagi kan... Cinta x penah merubah cita2 aku, akhirnya aku grad ngan pointer, 3.46. Masih boleh berbangga dengan 3 kali dean list. Cuma hajat aku unt further degree x kesampaian. Ada yg perlu dikorbankan, demi memuaskan hati pihak2 tersayang.

15 June 2002, rombongan meminang ke rumah abangku. Mak ngan abg2 risau tgok aku asek kehulu-kehilir ngan Faizul tanpa sebarang ikatan. Maklumlar, aku jauh di KL, depa suma kat Penang. Mak Ipoh yang sarungkan cincin ke jari manisku. Meriah sungguh, cam rombongan kawen. Manakan terkira, wakil dari KL, singgah jemput org Ipoh, turun ke Kg. Pak Anjang di Kuala Gula. Pak Teh mai dari Baling. Sembang punya sembang, rupa2nya Pak Teh kenal sgt family mertua Abg Long aku kat Baling tu. Pastu plak, Pak Ngah Idrus aku dok 1 deret umah ngan Arwah Ayah mertuaku masa kt Tg Rambutan. Kecik kan dunia ne...








Aku dh berpeluh2 ptg jumaat tu, bila abg aku tipon tanya naper pengantin lelaki x sampai2, tok kadhi dah tunggu. Depa terlambat sbb smayang jumaat kt Sg Dua rupa2nya. Nasib baik bila bjumpa, rupa2nya Tok Su Faizul rakan "sepondok" ngan tok kadhi. Sibuk bertanya khabar smpai lupa nak marah. Interview pengantin pon simple jer. 20 Dec 2002, dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada Ahmad Faizul bin Bakti.



Kenduri di Penang














Majlis menyambut menantu di Cheras