Wednesday, May 26, 2010

Bermulanya secebis catatan.


Dah hampir setahun aku memndam rasa nak create blog, tapi masa x penah mengizinkan... Hari ini 26 May 2010, dengan rasmi aku cuba menunaikan keinginan ku ini..

Hmpphhh... setelah 28 hari berkurung di rumah selepas melahirkan "Nur Farisah Maisarah" zuriat kami yang kedua setelah abangnya berusia hampir 7 tahun. Satu jarak yang sungguh jauh, hinggakan abang ngah aku pernah berkata "kalau faris x der adik gak smpai darjah satu, hangpa amik lar anak angkat, mana tau kot2 pastu dpt berkat". Namun, mak aku adalah org pertama yg membantah... "x payah, anak sendiri pon ditgn2kan... ne nak bela anak org... x payah, bukan senang nak bela anak org. Hangpa bukannyer x dak anak langsung..."

Akhirnya, setelah 2 tahun lebih aku berusaha secara moden & tradisional, aku mengandung secara semulajadi... tanpa bantuan sebarang ubat2an ataupun jamu. Cuma aku rasa, ne suma berkat aku sambung belajar.

Dulu, lepas habis diploma (DDP-elektrik perhubungan) kat UTMKL, kebanyakkan kawan2 aku sambung degree. Cuma aku yg tercepat jodohnya... Aku grad, tahun 2001, aku keje setahun, 20 Dec 2002 aku dah kawen. Suma org terkejut, aku yg dulunya paling kasar (tomboy) yg kawen dulu, org yg "ayu" abiss on x kawen lagi.... Dah keje hampir 9 tahun, baru aku nekad nak sambung belajar. Tu pon, pas aku bincang2 ngan my hubby, aku kata kat dia, penat lar tggu anak lagi... dulu bg alasan x nak belajar coz abg kecik lg, skang abg dah 6 yrs, dh pandai urus diri dah... dah boleh pisah lama2 ngan ummi, even dh boleh balik kg 1 bln lebih masa cuti sek. ujung tahun... Ummi nak sambung study lar... lagi pon Boss will sponsor study fee. Pucuk dicita ulam mendatang. Tapi, aku hanya hambaNYA yg merancang, hampir tiga bulan aku mula kelas (SEE)
aku disahkan mengadung 6 minggu. Nasib baik lar, aku dah sign bon ngan boss aku, klu x dah lama aku berhenti belajar rasanya.

OK lar, aku rasa cukup unt catatan hari ne. Nak siap2 unt bawak adik gi klinik, ada appointment ngan Dr hari ne. Jumpa lagi di catatan seterusnya...

No comments: