Kisah seorang abang dan seorang adik. Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.
Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya. Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah.
Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:
“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna. Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.
Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”
MasyaALLAH!!!
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur. Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita. Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.
Tiba2 umi tacing, terasa sgt bila ummi terasa diri bagai "saved by the bell" atau dlm erti kata yg len "nasib baik"... sbnr nyer, mgkin ummi terpelihara segala2 sbb doa mak tok. Sbgai contoh mudah, masa nak pekse mikro-p last month, ummi slalu tpon kt mak tok & membebel2 pasal susahnya mikro-p, padahal ummi tau mesti mak tok x paham apa yg ummi bebelkan. Tp mak tok ttp tenang & kata:
" x pa... baca jer lar apa2 yg patut, jgn lupa minta pada Allah unt disenangkan soklan tu. Mak setiap kali lepas sembahyang mesti doa unt hangpa suma. Minta Allah pelihara suma anak menantu, cucu & keluarga mak. Luar waktu smbahyang pon mak minta doa gak. Mudah2an Allah lorongkan jalan pada hang"
Pagi nak pekse tu, ummi suh kak Amy ajar ttg shift, rotate, bukak soklan test 3 yg ummi x attend sbb ummi g miting kt Dungun tu. Tup2, bukak jer paper exam tu, fuh.... d same question appear there... masyaAllah... Mmg Allah lorongkan jalan... Mesti berkat & makbulnya doa mak tok pada ummi. Doa seorg ibu yg tiada hijab unt anak2nya... Ummi kadang2 sedih, sbb bila ummi tengah marah, mesti ummi cakap kasar kt anak2, marahkan depa bila mengacau ummi tgh wat keje opis kat umah... eg : cm kes pagi ne... Padahal abg ngan adik gaduh2 manja jer...(p/s : depa mmg cm anjing ngan kucing, x leh dekat, mesti nk bercakar... tp klu x der abg, mesti adik tcari2.. hehhee..). Risau gak ummi, takut2 ummi telepas cakap, cosider as a Doa seorg ibu, ttba Allah granted apa yg ummi tlepas cakap tu cmner??? Allahh.....
"Ya Allah, ko kurangkanlah rasa Amarah di hati ini. Lembutkanlah hati & lidah ini untuk mengingatiMU ya Allah, agar aku rasa sentiasa bersyukur & redha atas segala ketentuanMU. Kau makbulkanlah Doaku Ya ALLAH"
No comments:
Post a Comment