Thursday, May 27, 2010

Mak & Ayah


Ne lar mak ngan ayah aku yg tercinta. Ikut kata mak, gambar ne di amik masa mak tgh ngandung abg chik aku, pada tahun 1973. Mak aku baru umo 23 tahun, ayah dah umo 36 tahun. diorg kawen atas pilihan keluarga, memang beza umo jauh sgt, 13 tahun.

Cantik kan mak aku. Klu diukur baju kawen dia, hanya Nabila (anak buah aku yg sulung) boleh pakai. Tu pon masa Nabila form 1, skang dia dah form 4, dah x muat hehehe... betapa "kerengga nyer mak aku dulu. Aku??? Hampas.... besar gajah... Mak serba serbi boleh. Memasak dh tentu (arwah ayah buka kedai makan masa umo aku, dah nak masuk 30 tahun kami meniaga). Berkebun & bela lembu, ayam & itik pon pandai. Dulu sebelum aku lahir, mak biasa g motong ngan bersawah. Tapi bila aku dah lahir, mak hanya tanam ubi, keladi, sayur2 etc kat padang dpn umah kami kat Kg. Tok Kangar (sebelah AutoCity Juru) jer... Mak makin bz, melayan kami 4 beradik, lagipon Tok ngan Tok Nek dah x kuat... Mak banyak tugas kat umah. Mak boleh menjahit, wat kraftangan & etc... Aku x der pon bakat mak. Tapi aku rasa cam aku ne pandai masak... hehehe... tul ker?

Arwah ayah dh meninggal 14 tahun lepas (28 Aug. 1996). Aku merupakan anak kesayangan ayah (aku rasa ler..). Sbb aku sorang jer yg berani ngada2 ngan ayah, klu abg2 aku, memang x byk ckp ngan ayah. Depa nak mintak apa2 pon ngan mak. Kami 4 beradik ngan Sarah ada nama manja yg ayah bagi. Abg Long aku "sayang", abg ngah "manja", abg chik "kesuma", aku "seri" & sarah "huduh", sbb dia comel sgt masa kecik2... hehehe.. Aku masih tdo sebilik ngan mak & ayah sampai akhir hayat dia. Mgkin sbb tu lar aku x der adik ;p .

Ayah meninggal sehari lepas jatuh moto. Dia x eksiden, cuma jatuh sensorang jer... Physically, ayah hanya calar2 jer ngan lebam kat mata. Tapi, Dr. sahkan otak ayah rosak teruk, klu leh survive pon ayah akan lumpuh selama2nya. Masa aku g GH penang tengok ayah, doa aku padaNYA

"andai kata mati itu yg terbaik untuk ayah, aku redha Ya-ALLAH, dari melihat dia hidup terseksa".

Nyata percaturan ALLAH lah yg terbaik, dia jatuh moto maghrib hari isnin, terus x sedar smpai meninggal pagi rabu. Byk perubahan pada arwah sebelum dia pergi. Dia ubahsuai kedai makan kami & paksa mak unt belajar bancuh air, sampai diorg gaduh2 sbb mak x nak. Dia beli set cawan baru punya lar byk. Bila mak aku bising, dia kata nak wat kenduri merdeka ne. Ternyata set baru tu suma unt. kenduri arwah unt dia.

Mggu terakhir tu, cuti sekolah, jd, aku mmg tdo celah ketiak dia sepanjang mggu. Setiap malam aku terjaga sebab dia baca Yasin. Siap wat air Yasin 1 tong besar, dia suh mak aku simpan air tu, nnt nak guna katanya. Hari ahad masa aku nak balik asrama, dia siap peluk cium aku depan kengkawan dia kt depan kedai, sambil kata

"ni lah satu2 nya anak pompuan aku. aku saja hantar dia pi sekolah agama dulu sebab rasa cm x leh nak jaga dia elok2. Tapi la ne, dia belajaq kat sek. teknik, nak jadi engineer kot pas ne"

Ayah, smpai la ne, seri masih x jadi engineer seperti yg ayah harapkan. Insyaallah, pas grad ne seri akan jadi engineer. Cita2 sebenar ayah, dia nak aku jadi Doktor, tapi aku yg surrender awal2. Tapi nampak gayanya Nabila akan berusaha unt. tunaikan impian Tok Wan dia. Aku nampak kesungguhan pada kak bila, last year dia dpt 7A unt PMR. Ucu doakan kak bila berjaya dunia & akhirat.

Alaupun ayah dah lama x der, mak masih sendiri. Bila org bising2 pasal jodoh, dia akan kata

"aku dah lama pencen wat keje umah, hangpa nak suh aku kawen, pastu kena masak nasi, kemas umah unt laki baru... x payah... nyusahkan hidup aku jer..."

tapi sebenarnya dia sayangkan ayah yg teramat. Depa dah hidup bersama 30 tahun. Dia penah kata kat aku

"mak penah dengar ceramah. katanya, kita akan masuk syurga berpasang2. Pasangan kita adalah suami kita yg terakhir. Mak nak masuk syurga ngan ayah. Mak x mau masuk syurga ngan org lain"
Ni gambar terakhir ayah (kanan) beberapa minit sebelum jatuh moto.


Mak & Ayah, adik sayang kat mak ngan ayah.

1 comment:

inabu said...

linda, ni 1st time aku baca blog hang, tu pun sbb terjumpa link kat facebook, sedih sgt baca cerita ni, aku dh x tahan terpaksa nangis, moga2 hang tabah selalu sbb aku tau hang seorang yg sangat sangat tabah, alFatihah utk arwah ayah hang...