Wednesday, October 2, 2013

Kembara Mencari Diri - Part 7 : Energizer

Tadi aku godek2 lappy aku. Nk release tension...LOL. Terjumpa kuiz personaliti, pjg giler soklan dia. Tp seb bek result dia cm puas hati.. Kengkawan, meh lar review result aku ne. Apa komen korang??

Anda Pentenaga (Energizer)

Anda bersemangat dan positif. Anda adalah seorang yang sentiasa boleh diharapkan untuk memberi inspirasi kepada yang lain!
Anda seorang yang serba boleh dan bersikap positif terhadap kehidupan. Keghairahan dan semangat anda bermakna anda sukakan pengalaman dan idea-idea baharu. Kepelbagaian pastinya memberi kelainan dalam kehidupan anda.
Kadang kala ia terasa seperti terlalu banyak masalah dalam kehidupan. Ia mungkin boleh membantu jika anda melepaskan perasaan. Jangan mengharapkan terlalu banyak daripada diri anda. Lagipun, anda hanyalah manusia biasa.
Kadang kala anda bekerja secara berterusan tanpa henti, jadi adalah penting anda mendengar suara hati anda yang berbisik secara perlahan dengan kata-kata seperti 'berehat' atau 'cuba sesuatu yang baru.' Luaskan horizon anda supaya anda terus berkembang, tetapi pastikan juga anda memperuntukkan beberapa ruang dalam jadual anda yang padat untuk mengecas semula bateri anda. Dalam saat-saat yang tenanglah kita benar-benar dapat mengenali diri kita. Pastikan rentak kehidupan anda tidak menghalang anda daripada merenung kembali kehidupan anda secara jujur.
Sikap spontan anda yang semula jadi bermakna anda seorang yang seronok untuk didampingi. Persahabatan anda adalah benar-benar penting bagi anda dan merupakan satu sumber sokongan dan kekuatan. Pastikan anda tidak mengabaikannya sewaktu kehidupan berjalan dengan pantas seperti biasa!
Melupakan segala-galanya dan membiarkan diri anda bebas dalam dunia lain apabila anda mempunyai sedikit waktu rehat memang tiada tandingannya. Memberi peluang kepada badan dan fikiran anda untuk berehat dan pulih adalah sangat penting, dan ia lebih baik jika diiringi dengan lagu-lagu hebat daripada filem.
Anda mengambil berat tentang orang-orang di sekeliling anda, dan jika mereka gembira maka anda pun gembira. Anda tahu bahawa kehidupan ada pasang surutnya, dan ingin mengekalkan keseimbangan yang sihat bagi kedua-duanya. Kesudahannya, anda mempunyai pendekatan yang amat baik bagi kehidupan. Anda tahu yang kebahagiaan sebenar datang daripada orang dan bukannya daripada barangan. Ia adalah perkara-perkara yang anda tidak boleh meletakkan harga padanya.

No comments: