Wednesday, December 18, 2013

ISTIDRAJ - Pemberian tanpa keredhaanNYA



Aku telah lama dimomokkan dgn perkataan "ISTIDRAJ". Dah bertahun, malah aku arif sgt dgn contoh2 istidraj, sbb kadang2 aku slalu fikir yg aku ne tidak terkecuali dari ujian Istidraj dr ALLAH SWT. Namun perkataan ini tidak popular sehinggalah drama bersiri ISTIDRAJ CINTA menerusi slot Samarinda bermula 11 Disember 2013 keudara. Aku terpanggil untuk menghuraikan makna istidraj di sini sebagai peringatan untuk diriku.

Maksud Istidraj
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Ya ALLAH, ya Tuhanku. Aku bermohon kepadaMU "Jauhkan lah Aku, kaum keluargaku & Sahabat2ku dari bencana ISTIDRAJ. Andaikata kami tersasar dari jalanMU, berikanlah kami peringatan dengan sebaik2 cara. Janganlah kau ISTIDRAJ kami. Amin2 Ya Rabbal 'Alamin"

Sunday, October 27, 2013

Kembara Mencari Diri Part 9 : Berehat Sebentar

Letih nau rasa otak ne. Skru2 kat badan rasa dh lama longgar. After raya, I’m working non-stop. G keje,  g kelas, g keje, g kelas… repeated routine. Dlm kelas x leh rehat langsung, our prof mmg utilized bebetul our kredit hours. Mmg berkat gaji dia, tapi yg hazabnya kitorg. This miting test, next miting esaimen, then back to test & another miting ada esaimen. Aduyai… slalunya aku amik kesempatan masa kelas unt rehatkan otak aku + badan. Nikmat benar bila g kelas, sbb lecturer cm x brp peduli ttg murid2 tua ne. Ada lar lecturer yg sgt bagus, tp masalahnya, murid2 tua cm aku ne bukannya fokus sgt kt whiteboard tu. LOL 

My mom coming end of Sept & plan to stay here 1 month as usual. Ya bedabedu…. Balik leh makan nasik, x yah masak. I luv u mom. (huh, hampeh nyer anak…. Patut aku yg masak unt mak, ne terbalik plak). Nk wat cmner, kul 7.30am++ dh berambus g keje, malam kul 9pm++ baru smpai umah. Kdg2, tjaga kul 3am, pastu on lappy, sort emel, karang emel unt reply paginya & check manufacturing docs. Ntahlah, aku kompius, dh 7 thun keje kat sini, aku makin hari makin serabai. Ofis hours habih ngan mende2 remeh, jawab skype MAA, jawab soklan junior2 & drafter, g miting, ting-tong2 kat manufacturing-procurement. Attend fon call dr client, tolong kengkawan yg sngkut kt site. Honestly, keje sendiri yg aku leh focus during 8.30-10am & after 5pm…. Mana x meraban, balik keje kul 9pm. Mana x kene tiaw ngan customer, submission delay.  Since my collegue dh berenti, separuh sampah As-built balik kat aku.. Project lama, yg tuannya suma dh x der kat KUL office. Yuucckkk… nk muntah aku trace folder yg berserabai dlm server tu. Oh my GOD, kene cepat train org baru ne & ensure all of them aware about ownership. Masalah muda-mudi skang ne, depa x tau makna ownership. Yg depa tau, aku keje makan gaji, clock-in, clock-out. Aku keje 8.5jam, lantak lar kat boss keje siap ke x, pas kul 6pm, aku nk balik. Pastu bila increment 3% mengamuk. X paham aku. Kita bukan keje kt gomen, walaupon kita makan gaji, perasaan ownership tu perlu ada. Klu keje x siap, cmner nk balik ngan tenang. Cuba fikir, klu kita keje sendirik, usaha lebih, income lebih kan?? Keje makan gaji, mungkin x directly bg output on the end of the month. But, it will be count yearly, during increment & bonus time. Huh, ceramah apakah ini??? 

Back to myself, last weekend myself dh diskas ngan my hubby & my mom. We plan to send both kids to my hometown smpena curi skolah ne. After everybody mutually agree (including the excited kids), myself start feeling guilty. Sudahnya, mggu lepas 2 hari jer aku balik lmbt, y glen, kul 7pm++, aku dh tercokoh kt umah. Emotionally down. Ttba ja, aku rasa useless. Smapai tua, menyusahkan mak aku. But in other side, my bff & family said, it should be ok. At least kt kg tu ramai org & not really menyusahkan, anak2 sedara aku dh besaq2, dh boleh tengok2an adik2. Hurrmmm… 

Badan klu dh letih, tp klu emosi bagus, outputnya ok. Tp klu jiwa kacau… punah… Adik demam petang jumaat. Myself mmg dh emotionally down since the mutual agreement done. Tekak dh smggu sakit, bagun pagi jer, mata berair, merah… panas… Pagi smlm aku g servis kete, major servis, break dia bbunyi , air-cond pon kejap2 ilang, kejap2 ada bunyi pelik. Alignments & balancing dh lari, dh nmpak bunga tayar makan sblh dalam. Lebur RM450… Huhuhu…. 

Petang smlm, Walid cabut tapak basikal adik sbb dia dh besaq, x lepas nk kayuh klu ada tapak tu. Siap jer, aku ajak adik g taman sblh umah aku. Sbb bz sgt, rasanya dh setahun aku x jalan2 g tmn. Kadang2 Abg Faris @ maktok yg bawa adik. Semalam aku baru sedaq, yg adik dh reti kayuh basikal. Aku baru sedaq yg adik dh x takut turun sliding kt playground tu. Anak aku dh besaq… How useless myself….hurrmmm…

 Tengok, adik ada pesen baru. Senyum smbil remot idung. Perasan comey lar tu :)

Peluk jer adik dr jumaat mlm, amik aura demam adik, sudahnya aku yg demam dr petang smlam. Memang berehat sebentar lar. Beg keje aku cmpak ketepi, aku tdo jer.. Bagun tdo, baca paper, carik novel yg aku pnjm dr opismate mggu lepas… pastu tu , pastu baca novel & tdo… Rasa gatal jer tangan ne bila x pegang lappy.. tp aku x nak tgok keje opis ngan FYP2 aku. Tu aku mngarut kat blog ne. Dah lar tu, aku nk smbung rehat… carik aura & bina balik sel2 otak aku ngan sel2 badan aku yg dh rosak … bye…

Saturday, October 19, 2013

Kembara Mencari Diri Part 8 : Towards The Near End

Kembaraku dlm mencari ilmu mungkin akan terhenti seketika.... Insyaallah by Jan 2014, I'll be post-graduate. 1st degree jer pon... tapi hazabnya Allah jer yg Maha Mengetahui. Sampaikan, aku rasa pas ne dh x nak smbung blajaq dah. Bukan koma, tapi titik. Full stop. Asal ada yg bertanya, ko nk apply unt Master ke?? Aku ngan lelaju jawap "Wat pe?? Hheee... sudah2lah menyeksa pala otak aku" Klu nk jadik Boss pon pas ne, aku rasa 1st degree aku tu dh cukup (p/s : macam lar layak nau jadik bosss.... hikhikhik.... perasaaan lar sangat). Opis aku skang x der lar request unt jadik Manager kene ada at least Master, x cm GLC such a Telekom @ Gomen. Kawan2 part time aku ada yg 2 3 ketul bercita2 nk smbung master sbb Telekom ngan Jimah Venture kena ada at least Master unt keje management level. Infact, klu u r 1st class student, your level & basic salary will be higer than 2nd class student. Luckily not @ PSI Incontrol right now, tp masa2 depan x tahu lar... gpon MD aku tu becita2 tinggi & sgt2 sukakan staff developement. Klu lg 5 tahun dia force kitorg wat Master, x tahu lar plak...  hehehe... Nasib badan lar kan...

Coming back to my busy life, since last week pala otak aku dok merawang pasal schedule. SJTC nk deliver next month, means erection will start, then follow by rem end retro & finally commission. Papn tgh FAT, once done aku akan pass balik baton pada tuan tanah kedaung dia. X nak aku ulang alik g Papan... Walaupon x ler jauh mana, but it's not practical unt berulang from 2 diff state. Travelling cost will be increae & reduce EBIT.. huhuhu, aku x nak jd penyumbang pada mende2 yg negetip. My MDSA also started manufacturing since last month, target FAT by Jan 2014. Luckily ADAM & BMTR having commercial issue, just enuff for my temporary escapism. But, new job was queue already. EBOR, which I plan to become PM only coz I plan my new PE will do it 100%, but look like she's stuck with KPDN. Another good about it, the proj not yet started, awaiting official KOM with TNB. Hopefully when the times is coming, KPDN will slown down & we can focus more for new proj. Like my collegues always said, "kita kena leraikan kusut yg sedia ada, then baru kita leh focus unt proj baru & eliminate all the repeated mistakes". Lately ne, aku rasa agak happy coz, makin hari, aku rasa makin nampak cahaya di hujung jalan.... 

"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat." Tafsir Surah Al-Fatehah. Ayat 4-6.

One other side of my life, Tommorow need to submit esaimen. Ptg ada test 2. Note chapter 2a, tgh print, sbb tu aku myambil2 update blog yg bersawang ne.. Hurrmmm Pof Fuaad oiiii, Prof nyer slides ne byk sgt lar.... x print, rasa x sempurna, bila print... humag aih, baru 2 chapter, dh tebal 1.5 inci, ritu aku dh bind separuh, sbb byk sgt, taku cicir... Bila dlm kelas, Prof nyer explaination lg pnjg dr slides tu, satu soklan, dlm slide 2 muka jer, but in actual solution mau jadik 4-5 muka... hadooiii.... Dah ar dlm kelas dia asek panggil nama student dia, sorg2 suh bagi jawapan, kadang2 siap suh tulis kat whiteboard... huhuhu 

"Kakak tudung pink, apa Simultneous equation dia??" (p/s: aku lar kakak tudung pink tu  )

"Kakak sebelah kakak tudung pink, cmner nak transform simultaneous eq. tu jadik matrix form"

"Kakak cermin mata besar, SFG dia cmner?? Boleh lukis kat depan?"

"Inspector, apa jawapan akhir dia?"

 "Dengar sini - dengar sini", smbil ketuk whiteboard..... scary, but I loike... sbb dia suka panggil nama lar student kene 100% pay attention. Dalam 100% paham masa lecture dia pon aku masih terkebil2, belek soklan esaimen ne.... huarrghhhh....  gtg, klu aku merepek kat sini lama2, bila esaimen aku nak siap LOL. 

p/s : Control 3. Prof refer smpai 4 buku, setkan syllabus unt mgajar dlm masa 4 bulan.. which is actually just 7 meeting, each meeting only 6 hours. Means, aku kena digest 4 buku ne dlm masa 42 hours... mana x mengong pala otak aku


 


Wednesday, October 2, 2013

Kembara Mencari Diri - Part 7 : Energizer

Tadi aku godek2 lappy aku. Nk release tension...LOL. Terjumpa kuiz personaliti, pjg giler soklan dia. Tp seb bek result dia cm puas hati.. Kengkawan, meh lar review result aku ne. Apa komen korang??

Anda Pentenaga (Energizer)

Anda bersemangat dan positif. Anda adalah seorang yang sentiasa boleh diharapkan untuk memberi inspirasi kepada yang lain!
Anda seorang yang serba boleh dan bersikap positif terhadap kehidupan. Keghairahan dan semangat anda bermakna anda sukakan pengalaman dan idea-idea baharu. Kepelbagaian pastinya memberi kelainan dalam kehidupan anda.
Kadang kala ia terasa seperti terlalu banyak masalah dalam kehidupan. Ia mungkin boleh membantu jika anda melepaskan perasaan. Jangan mengharapkan terlalu banyak daripada diri anda. Lagipun, anda hanyalah manusia biasa.
Kadang kala anda bekerja secara berterusan tanpa henti, jadi adalah penting anda mendengar suara hati anda yang berbisik secara perlahan dengan kata-kata seperti 'berehat' atau 'cuba sesuatu yang baru.' Luaskan horizon anda supaya anda terus berkembang, tetapi pastikan juga anda memperuntukkan beberapa ruang dalam jadual anda yang padat untuk mengecas semula bateri anda. Dalam saat-saat yang tenanglah kita benar-benar dapat mengenali diri kita. Pastikan rentak kehidupan anda tidak menghalang anda daripada merenung kembali kehidupan anda secara jujur.
Sikap spontan anda yang semula jadi bermakna anda seorang yang seronok untuk didampingi. Persahabatan anda adalah benar-benar penting bagi anda dan merupakan satu sumber sokongan dan kekuatan. Pastikan anda tidak mengabaikannya sewaktu kehidupan berjalan dengan pantas seperti biasa!
Melupakan segala-galanya dan membiarkan diri anda bebas dalam dunia lain apabila anda mempunyai sedikit waktu rehat memang tiada tandingannya. Memberi peluang kepada badan dan fikiran anda untuk berehat dan pulih adalah sangat penting, dan ia lebih baik jika diiringi dengan lagu-lagu hebat daripada filem.
Anda mengambil berat tentang orang-orang di sekeliling anda, dan jika mereka gembira maka anda pun gembira. Anda tahu bahawa kehidupan ada pasang surutnya, dan ingin mengekalkan keseimbangan yang sihat bagi kedua-duanya. Kesudahannya, anda mempunyai pendekatan yang amat baik bagi kehidupan. Anda tahu yang kebahagiaan sebenar datang daripada orang dan bukannya daripada barangan. Ia adalah perkara-perkara yang anda tidak boleh meletakkan harga padanya.

Wednesday, September 25, 2013

Kembara Mencari Diri - Part 6 : Kusut yang makin terlerai

Lembap cm siput nk bukak blogspot ne… x kan nk kene beli host sendiri kot?? Tensen tul, dr idea bercambah smpai dh ilang idea. Cam ne nak update ne? Nk mula dr mana yek??
BTW, aku br lunjurkan kaki & rehatkan pinggang smbil tgok Diandra pastu smbung ke Jodoh itu milik kita… hehehhe… kunun2 rewardkan diri pas 8hrs travel sensorang td. Huh, it’s really tiring day. Last nite got called by my manager, need to replace him for a miting @ Kluang. Huh, sounds like kluang tu cm Klang kan?? Cm kluang tu kt blkang umah aku jer… Jauhh kot… almost 350km one way. Yg aku lg hangin, miting tu ciput jer, less than 30mins hokeyy… Tp nk wat camner, dh keje, kene lar wat kan. Klu x wat kang kene terminate contract, silap2 ngan aku pon kene terminate… huhuhu…
Aku eksited sbb tu x leh tdo ok. Td masa bosan driving sensorng aku pon capai tpon & call my bff. Borak nyer borak, end up both of us having gud plan for our future. Tp tu adalah plan rahsia yg aku akan announce pada umum klu ianya dh terlaksana. Make it simple, I plan to start it once I complete my SEE, probably by Jan 2014 & target to accomplish it within 4 months. X leh lelama, nnt cite jadik meleret & x best unt publish.
Kita ne kan, klu wat keje x bp nk ikhlas, plus nawaitu yg x bp betul mmg kita kan rasa penat sgt… Keje klu ikhlas nk plak tum mmg minat kita, cita2 dr kecik plak tu mesti kita enjoy bila wat. X kan terasa penat kan.. So, aku dh bertekad hari ne yg aku akan kejar cita2 aku yg aku terlupa tu. (p/s:boleh plak lupa cecite sendirik). One time, I’m lost… can’t find my own way back. I’m too tired, that’s why I’m just going with the flow. Sedaq2 dh jadik Sr. Engineer. Hahaha… Dh umoq 33 tahun ne br dok pikiaq2 balik, apa yg x kena ngan jiwa aku ne. Slalu sgt aku rasa jadik engineer ne cm unsung hero. Ye lar, bak kata PM Dr. Noh, bila KLCC tu siap ttgak, ada x org Tanya sapa yg design layout dia? Sapa architect dia? Sapa Civil Engineer dia, sapa M&E Engineer dia?? X der kan? Abis2 sgt org kata, baguih nooo petronas, ada twin tower yg cantik… Huh, it’s real world dear. Engineers always become unsung heroes. Aku plak makin paham kenapa bos2 yg interview aku dulu menitik beratkan “we’re prefer man candidates” Bukan sebab gender discrimination, this is fact. Aku dh mula rasa tbeban dgn title Sr Engineer aku. Yes, income mmg bbaloi tp Susah tul nk dpt “work-life balance”. Baby sitter aku dh surrender lepas raya ritu. Dia dh x bk jg anak2 aku klu aku blik lambat. Disebabkan faktor2 ne lah aku rasa tewas pd diri sendiri. Slalunya, suami @ org lelaki yg kawen ngan kerjaya, tp aku pon kawen ngan kerjaya gak… Tolong lah, aku nk kejar cita2 asal aku. It’s almost a year I’m thinking of it. Tp x der kekuatan unt bmula. X der masa. Tp hari ne aku dh nekad. Yes, I’m going back to the track… Yuuuhuuu… I’m coming.
I feel like starting my new life after raya. Completely new! Having a new partner as unsung engineer, my degree journey almost near to the end & lautan yang kurang bergelora, make me feel quite safe. Thanks Ya Allah kerna mendengar rintihanku. KAUlah peneman setia. Betul kata John Gray, kadangkala manusia ne cm getah. Menganjal bila ditarik. Ada yang terputus, tp ada yg melantun balik ke asal. Kiranya, aku ne beruntung, sbb getah aku x putus. Dia melantun balik, walaupon dh x der rupa asal sbb dh kendur sket, but it’s still elastic. Masih boleh dipakai lar maknanya… hahaha… complicated kan. Blackaidid klu dh felling mmg suka tulis berbunga… hehehe… Memang betul Allah dh mula leraikan kusut aku.. Tak pe, pelan2 kayuh.. Go blackaidid go… May your dream come true.

 Sebab aku nk kejar cicite aku masa tecit dulu, tpaksa lar aku share gambaq budak tecit darjah 6 merah tu... Cikgu Ali ada komen ttg bakat terendam aku tu. Bila tgok gmbar ne, mesti tingat komen yg memberansangkan tu. hehehe...

Nickname Blackaidid aku dh pakai since aku kt AIGS lg.. So, bila belek2 gmbar remaja nakal ne, aku makin teruja..Go blackaidid go. InsyaALLAH, semoga aku berada di jalan yang benar. Amiinnn...

Wednesday, August 14, 2013

Kembara Mencari Diri - Part 5 : Nikmat sebuah kerehatan



Salam Aidilfitri 2013. After tiring months... after long marathon, finally I'm in a break... Siap jer keje hari isnin 5 Aug 2013, Bukak posa minum air mineral jer, aku bgegas g the store sg buloh. Melantak Cheezy Zinger burger sensorang, pastu g carik sluar adik ngan baju pak long. X lupa gak sepasang baju unt Mat-men. On the way balik, isi minyak pepenuh kt petronas kuang, top-up tounch & go. Kul 10pm, call tailor x bjawab, siap masuk voice message plak.. Instinct mengatakan yg baju raya aku masih x siap. Better g ketuk pintu umah dia. My feeling is true, tailor dok tdoq & baju aku x siap, malas nk gaduh, aku amik jubah mak yg dia dah siap potong kaki. Katanya kul 4am nnt, dia akakn hntr ke umah aku. FYI, baju tu dh siap jumaat sblum nyer, tp bila aku pakai ketat. Check punya check, rupa2 nya salah ukuran. Aku suh akak tu besarkan seinci dr baju contoh, alih 2 baju baru ne lebih kecik dr baju contoh. Kain senteng besaq tapak tangan... Bagi menghilangkan mood sebal aku, balik umah, makan nasik pastu tdo jap. Kul 2am, bangun siapkan baju unt bw blik kg, sementara tu, mak siap2 kemas umah... Seb bek mak ada.. hehehe.. Kul 4am++, baju aku dh siap di alter & delivery till front door. Thanks God. 

Ktorg gerak blik Juru kul 6.30am. Traffic lancar, cuma ujan jer separuh jalan...Aku masuk kete jer terus tdo, sedar Walid berenti kt petrol pam mana tah, dia g toilet ngan faris. Aku wat2 pejam mata. Bila walid berenti kt Kuala Kangsar, nak x nak aku offer lar unt memandu unt 2nd half.Sampai umah mak kul 10.30am. Aku masuk, carik bantal terus kedebbuummm... tdo dpn TV kt dpn bilik.. Mana anak aku pi, apa hubby aku wat aku x peduli. Yg aku tahu aku nk qahdo rehat aku... MMg nawaitu cuti raya ne aku nk rehat. nk tdo puas2. Penat dr bulan 5 ritu x berhenti, slalunya bulan posa keje office aku slow jer, suma org x der mood. Tp tahun ne mmg suma org kena kerahan tenaga... Mana x FAT bersusun... Approval berderet... Sadis... End up ngan closing FAT SJTC 275kV on 5th Aug, thats why aku start coti on 6th. So, konon2 unt reward kan diri, aku nk berehat spnjang minggu raya ne... Hahaha... mmg rehat sungguh, smpai Walid x leh kata apa dah..

Bukak posa hari selasa kami berkumpul 4 family + mak + pak long, total up ada 20 org. Hari rabu, jadik 23 org sbb Wan Deh joint sama. Happening giler. Wat rendang daging 2kg+limpa1kg+paru 1kg+hati 0.5kg. Ketupat pulut 4kg. Gulai ayam kg 7 ekoq.. hehehe... boleh citer jer lar... aku seperti biasa, tolong sket2 jer.. Suma kak Ijan, Abg Chot + MAk yg watkan.. Hari raya pertama pas semayang raya kami suma pi kuboq. Masa dok dgr khutbah raya, adik dok merengek nk balik (better than last year, dia meraung smpai aku x leh semayang raya). Pujuk punya pujuk, dia diam sat, pastu bunyi balik, kejap dia elok, kejap dia berenang atas lantai. Last skali masa suma org pi kuboq, dia tanya :

Adik   : Nak pi mana ne??
Ummi : Nak pi kuboq Tok Wan (Ayah Ummi)

Bila sampai kat kuboq tok wan : 

Adik   : Tok wan mana?? X der pon??
Ummi : ggrrr... (Dalam hati : cmna aku nk explain, kang kata dlm tanah, dia tanya lagi, dh lar dia  
             punya soklan, mmg never ending story, apa , kenapa & mengapa bersusun, smpai x 
             terjawap)  huhuhu...

Pas balik kuboq, kami bermaafan. Pastu g umah Pak Teh, Pak Ngah & PAk Cik. Petang tu g umah Ah. Jumpa Azim, Ogy & Eda.. HAri raya kedua g umah Pak teh BAling. Pas Jumaat, g umah PAk Teh Kulim, pastu pi umah Tok TEh. Pastu kelam kabut balik Juru sbb Mak Lan JAh mai beraya. Raya Ketiga, Kak Ani wat kenduri kawin Boy, pas mkn kenduri, kami pakat2 pi Tok KAngar, kampung asal ummi. G kuboq tok Kangar pastu g umah Mak Ndak Chah. Terus ke umah Tok Ngah Melah & End up kat umah Kak Embun. Seronok betul tgok anak2 aku kejaq ayam, itik air + itik angsa Kak Embun. Mana penah org kejaq itik angsa, tp nk jadi cite, itik angsa depa ne mmg itik manja, x wat org sbb suma itik betina. Yg garang tu itik jantan :) . Naik penin ayam itik tu kena ligan, Abg Asin lagi penin, sambil gelak, sambil kata : "Mampuih lar itik ayaq aku, kompom esok mematah (sakit sbb terkejut), mau x beteloq 2 bulan kalau cm ne" hahaha... apa nak buat, memang seronok klu p umah dia, tersorok dlm kg, ada pangkin dpn umah (bawah pokok), ada buaian jala.. Lau (REBAN) ayam & itik besaq smpai anak2 pon leh masauk dlm lau tu.. Tahun ne, pokok buah baru nk berbunga, klu x mesti leh makan buah fresh.. Tapi next year x tau lar, sbb perumah (quarters) kementerian kesihatan tgh dibina betul2 depan umah dia (seberang parit). On the night, geng2 SKJ 1992 wat BBQ kt umah Ayu. X ramai pon yg mai, as usual kami, ayu, ana, timah & ilah. Tp kehadiran Cikgu Ali, Isteri & Anak mmg ditunggu2..  Raya ke-empat ummi dh mula sakit tekak, rasa nak demam & senagkatan dgnnya..

Balik KL on monday, it takes us 5hrs to reach sg buloh. Straight away g the store, tukar sluar adik & having late lunch. Balik umah smbung qadho tdo. On tuesday, Faris dh start cerry-berry, diikuti Walid & Ummi. Pastu, Ummi demam, Mlm slm walid plak demam. Menggigil2 tgh2 mlm. Hari ne kami MC... Too tired. Tlebih tidoq rasa nya.. Enjin klu asek hi speed saja, ttba slow down, rasa cm nk rosak plak... ahakss... Udah2 lar Ummi Linda, Esok pi keja nnoooo... emel melambak nk reply, dwg byk nk resubmit.. Manufacturing docs x review lagi... hoiiihhh... panjang nya to do list.. Mana nk mula dulu ne??  Punggahhh...

Sunday, June 2, 2013

Phheeww.... ppfftt...

I'm tired. Overwhelming since mid-may till now. Start 13 May aku dh berkampung kt opis, paling cepat kul 8pm aku blik, kdg2 smpai kul 10.30pm kt opis. Kejarkan keje opis sbb nk coti 16-21 may kunun... sudahnya, cuti 17 & 20 jerk.. G present PSM ngan muka toya jer.. seb bek panel tu sorg jer otai, lg 2 tu pangkat anak ikan jer ngan aku... balik, kelam kabut sambung keje opis... siapkan report PSm, wat assingment SHM. Malam tdo2 ayam jer.. slalu tdo ngan lappy..  Ingat nk coti 30-31 May sbb nk baca buku unt final comm. Sudahnya aku g miting 2 hari kt PD. hampeh.. Balik PD trus overnight kt Double3, thanks nelly for the nice room. G jwb comm seadanya, harap2 lulus lar.. Mlm tu Kakbila, kakmuyah & abgAiman mai, depa nek bas dr penang. Temankan kakbila unt g kelas swimming. Kemarin aku amik kesempatan berehat (ye ker), bw kakbila g beli baju renang muslimah, pastu bw dia g cr tudung unt swimming. ptg sket bw mak g avon. pas maghrib, bawa depa suma g clubhouse. Kakbila start swimming lesson ngan coach Amir. Luckily, his wife yg ngajar kakbila, coz he's prefer man-man & woman-woman coaching. Kul 9++pm Pak Ngah Iwan ngan Cik Duan dtg umah jenguk anak2. Ummi bw adik nek tdo kul 11++, x sedar bila depa bdua blik.. Sorry lar adik2ku. Kak hgpa ne klu letak kepala jer terus zzzz... Rini, pulun wat wts, reply emel & wat drafting GECMAL.. tp x sudah2 pon... huhuhu. Esok nk kene g TMJY smggu, PIAT. Mampooss.. defect x clear lg, keje opis x siap. buku x baca lg. 9june pekse Eng management, 12 pekse hi voltage ... penat... nak tdo... hurmm... mana boleh... gtg.. kul8 ne nk bw kakbila & faris g swimming lesson... aduyaii.... tolong klon aku jadik 5 org, satu dok umah jadi full time housewife, satu g utm unt blajq, satu g opis, satu g site, satu lagi unt bpoya2... naper keje aku x penah siap?? huarrghh... nak nangis.. huhuhu..

Sunday, May 19, 2013

Kembara Mencari Diri - Part 4 : Life is too short

Got a shock news on the wed morning @ 15th May 2013. Starting with " Muthu!! What happend??" Govind, panggil Teng, diorg berlari ke depan, ayat terakhir yg kitorg tdengar "Pls call ambulance"... OMG, what happen to our friend?? Aku turn-back to Nabila & she ask " Kak, naper?? Muthu baru sgt kuar.. Dia eksiden ker" Aku jwb, ntah x tau..." td dgr Govind sebut nama Muthu, but all the conversation in Tamil. Luckily Anand is there, he said, "Bukan... Muthu ok, tp rasanya org depan ne yg x ok". 

Then, I'm just realize that my side table was empty.. Ya Allah, I'm so selfish. Berjiran almost 4 months, but I'm not bother to both of our new R&D programmer. Ya, aku bz & both of them more concern on their screen rather than chit-chat with us. Any problem kitorg akan refer ke Muthu & only Muthu will instruct both of them. Hati rasa x sedap... tiba2, nmpak HR plak berlari keluar... Semua org dh berhenti  berkerja, leher memanjang jer ke depan, nk intai apa yg jadi. Called receptionist, She said she dun know, everyone is chasing out to the main-road. Ya Allah, bala apa pulak pagi rabu ne. 

After 15mins, Anand get a confirmation that our trainee programmer passed away. Rasa  jantung aku bdegup kencang & tgn menggeletar... Biar betul?? Aku tanya Anand, "Smlm Karthick Babu keje ker??" Anand kata dia keje, up to 7pm... OMG, see... Linda is too selfish, till her neighbour sblh meja dtg keje ke x pon dia x sedar.... huhuhuhu..... Ntah lar... Karthick Babu is different, he is too shy. Not much conversation in our daily work. Klu aku beli goreng pisang, aku akan pass kat dia, then he will say "Thank you". Aku makan biskut, share ngan dia pon, dia akan amik & say thank you... nothing else. Just last month, he said that he miss me, sbb aku g Tmn Jaya almost a month... singgah opis jap, amik brg & aku akan kuar ke site. One day, I met him with his collegues at pantry & Muthu menyakat dia. Muthu kata " Linda G.. where are u going. He already miss you.... " then aku pusing ngadap dia & chit chat for a while... Thats the longest conversation among us. Sebenarnya, aku rasa, dia sunyi bila x dgr suara aku memekak kt opis tu... suara aku kan cm halilintaq.... hahaha.... I still  remember, after one month they're joining, the 1st GOAL meeting they had attended, most of the R&D manual was done & MD mg impressive tul ngan outcome depa.. Masa present unt GOAL, mmg depa nya GOAL lar yg slalu backup kitorng. Nak harapkan kitorg nyer GOAL... mmg gol lar sgt... 

Coming back to Karthick Babu stories, pagi tu bila Muthu sedar yg dia x mai keje, Muthu rasa pelik, sbb dia x penah wat cmne since the 1st day his reporting to Muthu. Bila tanya roomate dia @Sundar, he said that Karthick not wake-up. Even his phone alarm that morning si Sundar yg matikan. Gerak x bgun pon. Yg mamt ne pon, lurus sgt, ingat Karthick tu letih, overslept. Dibantainya dtg keje. Smpai kul 9++ baru Muthu ajak dia blik ke umah depa, nk check wether Karthick is sick or what. Dia rasa x sedap hati.. When they reach at the flat, found that Karthick dah sejuk gedi. Tu yg dia kelam kabut call Govind tu... But, it's true, If Allah said "Kun-Fayakun", maka "jadilah ia". Karthick yg aku kenal 4 bln, sorg yg pendiam, x penah marah... not alcoholic, x isap rokok... He was found death for a massive haert attack.. Dia biasa2 jer.. x mpak cm sakit, not even gemuk... senang cite lar... aku masih dok ternampak2 dia... kat sebelah aku cm besa... x bp nk boleh terima kenyataan yg dia dh x der... Siap boleh cakap kat Ecah yg aku nk tribute satu entry khas unt Mendiang KARTHIK BABU JEYAPAL. Petang tu, bila MD aku send emel... rasa sebak aku baca...     

Demise of Karthik Babu



Dear Staff,



Today was a very sad day for us in PSI KUL as one of our employees, Mr. Karthik Babu never woke up from his sleep this morning. Though he had been with the company for just over 4 months, he had shown great talent and was a hard worker. Govind and Muthu were impressed with him and he showed great capability.



Faith had other plans. He went home from work last night and as usual, shared his dinner with other colleagues from inCONTROL in his flat. They joked and talked as usual and he went to bed at 11.30pm last night. In the morning, his colleagues found him expired. We believe that he had a massive heart attack in the night.



His family has been given the tragic news in India and efforts are now being made to transfer him back to his families care for the funeral and other religious ceremonies.



I would like to sincerely thank all the staff that supported us this morning at the apartment. Your kind act to our colleague will always be remembered and we took care of him just as his family would have done in such a situation.



Our prayers go out to Karthik Babu and our condolences to his family. May he rest in peace always.



Regards.


Hurrmmm....Life is too short. Am I able to achieve my dream?? Ke dah cukup ke bekal unt kembara ke Alam yg kekal??